Kuala Lumpur melangkah ke suku akhir Piala Belia selepas mencipta kemenangan 1-0 ke atas Sabah di Stadium UPM, Serdang pada Ahad.
Dengan keputusan ini, KL mengakhiri kempen Kumpulan A di tangga ketiga dan menempah pertemuan bersama Melaka di peringkat kalah-mati.
Skuad bimbing Sukri Ismail mencipta kemenangan selepas Amirul Nizam Azmi menjaringkan gol pada minit ke-33 dengan rembetan leret dari sudut kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Sabah, Joslan Aping, di tiang jauh.
Tahun lalu, KL tunduk di suku akhir pada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bawah-17 dengan agregat 4-2.
Penjaring KL
9 – Amirul Nizam Azmi
6 – Furqan Azri
4 – Faizal Hafiq Omar
2 – Hadi Mizei
1 – Haziq Izzudin Nordin, Fikri Shah, Royizzat Daud