Tan Cheng Hoe akan beradu minda dengan pemain lagenda Jepun, Keisuke Honda, apabila Malaysia bertemu Kemboja dalam perlawanan persahabatan di Phnom Penh pada Isnin.
Honda mengambil alih tugas melatih Kemboja selepas beraksi di Piala Dunia di Rusia baru-baru ini dan akan cuba mendorong Kemboja mencatat kemenangan pertama ke atas Malaysia dalam tempoh 45 tahun.
Tan berkata kehadiran Honda sudah tentu memberi semangat kepada pemain-pemain Kemboja tetapi tugas utama bagi jurulatih Malaysia adalah untuk memperbaiki kelemahan yang dipamerkan dalam kekalahan 2-0 kepada Taiwan pada Jumaat lalu di Taipei.
“Kami tiba di sini selepas kalah di Taiwan dan saya harap pemain berada dalam keadaan cergas minda dan fisikal. Adalah penting kami bermain mengikut cara kami sendiri,” kata Tan selepas skuad Malaysia tiba untuk lawatan pertama ke Kemboja sejak 61 tahun lalu.
“Malaysia dan Kemboja kerap berjumpa sejak beberapa tahun yang lepas dan tak pernah ada perlawanan yang mudah. Di bawah jurulatih yang baru, saya pasti pemain Kemboja akan bermain lebih dengan 100 peratus.
“Kami mempunyai tempoh dua hari latihan. Mungkin saya akan lakukan sedikit penggiliran pemain kerana saya masih dalam proses menilai pemain sebelum Piala AFF. Sebagai jurulatih, adalah penting saya memberi peluang kepada setiap pemain untuk menunjukkan kualiti mereka.
“Saya lebih risau mengenai pasukan saya tetapi kami tahu beberapa pemain Kemboja pernah bermain di Malaysia. Dah tentu corak permainan mereka berbeza di bawah jurulatih baru.”
Kemboja diperkuatkan dengan kehadiran pemain Terengganu, Thierry Chantha Bin, dan Prak Mony Udom serta Keo Sokpheng, yang pernah bermain untuk Negeri Sembilan dan PKNP masing-masing.
“Kami tahu Kemboja ada pemain-pemain bagus dan kami perlu persiapkan diri kami untuk berjumpa Kemboja,” kata pemain tengah Malaysia, Nazmi Faiz Mansor.
“Ini adalah pengalaman baru untuk pemain-pemain Kemboja (bermain di bawah Honda) yang pasti bersemangat untuk bermain dengan kehadiran pemain bertaraf kelas dunia.”
Ini adalah lawatan pertama pasukan kebangsaan ke Phnom Penh sejak 1956 dan 1957 dalam dua perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 3-2 kepada Kemboja untuk kelayakan Piala Asia dan kemenangan 3-1 kepada Malaya dalam perlawanan persahabatan.
Dalam 29 pertemuan sebelum ini, Malaysia menang 21 kali, seri empat dan kalah empat. Kemenangan terakhir Kemboja ke atas Malaysia adalah pada 1973, 2-0 dalam separuh akhir Piala Presiden Park di Korea Selatan.
Sejak itu, Malaysia menang 11 dan seri dua perlawanan, termasuk enam kemenangan berturut-turut mulai 2000. Dalam perjumpaan terakhir, Malaysia menang 3-2 di Piala AFF 2016 di Yangon.
Malaysia v Cambodia/Khmer Republic (1970-75) head-to-head
Date Results Venue Competition
17-Mar-56 won 9-2 Std TPCA, KL Group 2 Round 1, Asian Cup Qualifying
29-Apr-56 lost 2-3 Phnom Penh Group 2 Round 1, Asian Cup Qualifying
31-Oct-57 won 3-1 Phnom Penh Friendly (Not recognised by FIFA as ‘A’ international)
12-Dec-61 won 4-0 Rangoon Group B, Seap Games
9-Nov-70 drew 1-1 Bangkok Group B, Thai King’s Cup
14-Dec-70 lost 0-2 Bangkok Group A, Asian Games
3-May-71 won 3-1 Seoul Group A, President Park’s Cup
26-May-71 won 2-1 Bangkok Group 1B, Asian Cup Qualifying
8-Jun-71 drew 1-1 Jakarta Round 1 Group B, Jakarta Anniversary Tournament
15-Jun-71 won 2-1 Jakarta 3rd-4th, Jakarta Anniversary Tournament
15-Dec-71 won 3-0 Std Merdeka Group A, Seap Games
19-Jul-72 won 6-1 Std Merdeka Group A, Merdeka Tournament
20-Sep-72 won 1-0 Seoul Group A, President Park’s Cup
29-Oct-72 lost 0-1 Saigon League, Vietnam Republic Day Cup
28-Jul-73 won 1-0 Std Perak Group A, Merdeka Tournament
28-Sep-73 lost 0-2 Seoul Semi-final, President Park’s Cup
20-Dec-73 won 3-2 Bangkok Group A, Thai King’s Cup
11-May-74 drew 1-1 Seoul Group A, President’s Cup (Not recognised by FIFA as ‘A’ international)
20-Dec-74 won 3-0 Bangkok 3rd-4th, Thai King’s Cup
10-Dec-95 won 9-0 Chiangmai Group A, Sea Games
4-Aug-99 won 7-2 Bandar Sri Begawan Group B, Sea Games
14-Oct-00 won 2-0 Std Merdeka Friendly
17-Oct-00 drew 1-1 Std Merdeka Friendly
9-Nov-00 won 3-2 Songkhla Group B, Asean Championship
11-Dec-02 won 5-0 Petaling Jaya Friendly
18-Jun-07 won 6-0 Shah Alam Friendly
20-Sep-12 won 3-0 Wisma FAM Friendly (Not recognised by FIFA as ‘A’ international)
20-Sep-14 won 4-1 Shah Alam Friendly
20-Nov-16 won 3-2 Yangon Group B, Asean Championship